Less than 2 weeks before the final exam. Alhamdulillah, kehidupan bertambah baik akhir-akhir ini. Walaupun trimester kali ini supposedly become the toughest one (saya ambil maximum credit hours, 7 subject kesemuanya dengan harapan dapat perbaiki keadaan), rasa bersyukur kerana Allah masih permudahkan segala urusan sepanjang trimester :)
Dealing with heartbroken in the earliest trimester adalah mencabar. Hanya mereka yang pernah mengalami tahu bagaimana rasanya. Saya kira perancangan Allah sangat hebat, perpisahan berlaku pada masa yang terbaik. Bermula dengan sambutan hari raya korban, saya berusaha yakinkan hati bahawa apa yang saya tekadkan adalah yang terbaik, pengorbanan yang terbaik, dengan izin Allah.

Selang 3 minggu, kita memasuki tahun baru islam yakni awal muharram. Jelas, permulaan yang baik untuk sesuatu yang baik. Saya titipkan beberapa azam dalam hati dan berusaha kearahnya. Sampai satu masa, kekuatan menipis dan saya hampir tersungkur, ‘istikharah’ membantu dalam menetapkan keputusan hati yang sentiasa berbolak-balik. Dari situ, saya bina semula kekuatan.
Mereka yang kenal saya, tahu bagaimana pergaulan saya di campus. Saya tiada sahabat yang boleh digelar belangkas. No close friends to accompany here and there, most of the time saya adalah a lone ranger. Surprisingly, saya tak rasa any difficulties not having close friends back then sebab that particular time saya memang totally relied on him, though it was only through call and sms.

Setelah berpisah, saya mula experienced ‘that awkward feeling after being in one comfort zone for a long time’. If previously got someone to call and text, tiba-tiba dah tak ada. Memang terasa kekok dan kehilangan sangat. Worst part, there was no one to share all the sadness. Nak mingle out dengan kawan-kawan terasa malu, nanti orang cakap ‘dah tak ada ehem-ehem baru tahu nak cari kawan’.
One fine solution, saya mengadu pada Allah. Manusia boleh berkata macam-macam, tapi, saya percaya yang Allah akan sentiasa menerima hambaNya. Saya kira keputusan saya untuk tinggal di hostel adalah yang terbaik, saya berpeluang untuk melibatkan diri semula dalam aktiviti usrah dan meluangkan masa di rumah Allah. Dari situ, Allah hadirkan ramai insan-insan yang hebat dalam hidup saya.

Alhamdulillah. Sekarang hati almost recovered :)

