Archive for December, 2011

Kadang-kadang, manusia terlalu leka meratapi kehilangan, sehingga terlupa untuk mensyukuri pemberian. Sedangkan bila kita percaya dengan kasih sayang Allah, pasti, kehilangan adalah kerana Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kita. Dan sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang, dan Allah maha mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.

Terima kasih Allah, Dia bukakan jalan buat saya untuk belajar menerima, percaya, dan redha dengan ketentuanNya. Melalui istikharah, saya diberikan kekuatan. Dan ada beberapa penulisan dan video yang sangat membantu saya untuk terus berfikiran positif tentang apa yang berlaku :)

  1. Bicara tentang jodoh yang dikejar
  2. Erti sebuah perhubungan
  3. Jarak antara dua hati
  4. Penawar sakit hati

Posted by on 31 December '11. No Comments.

Istikharah saya berterusan minggu demi minggu. Dan selama saya beristikharah, semakin jelas betapa kerdilnya diri di sisi Allah. Manusia yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib”.

(petikan daripada doa istikharah).

Saya sedar, diuji dengan penantian adalah terlalu sedikit berbanding dengan khilaf yang pernah saya lakukan. Lalu saya belajar untuk bersabar. Sehingga suatu masa, saya semakin jelas dengan keputusan yang perlu dibuat. Terima kasih ya Allah :)

to be continued..

Posted by on 31 December '11. No Comments.

2011 bakal meninggalkan kita. Dan antara perkara yang paling terkesan dalam hati saya sepanjang 2011 adalah pengalaman terputus kasih. Alhamdulillah, terlalu banyak hikmah yang saya pelajari daripada apa yang berlaku, yang mana membuatkan saya menilai semula bagaimana diri saya sebelumnya. Saya sedar, diri sendiri terlalu banyak khilaf untuk meletakkan salah pada yang lain. Jadi, saya ambil peluang yang ada untuk muhasabah diri, belajar daripada kesilapan, dan perbaiki ke arah yang lebih baik, insyaAllah.

Setelah terputus kasih, antara perkara yang paling mencabar buat saya ialah saat membuat keputusan. Samada untuk meneruskan, atau melepaskan hubungan yang telah terjalin bertahun lama. Bagi mereka yang pernah berada di situasi yang sama, pasti jelas dengan ‘perang hati’ yang saya lalui. Saya buntu, takut tersilap membuat keputusan. Kemudian saya tersedar, sejauh mana saya merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancang ialah Allah. Lalu saya salurkan persoalan saya melalui istikharah. Memohon petunjuk dan kekuatan daripadaNya.

to be continued..

Posted by on 30 December '11. No Comments.