Archive by Author

Awak, awak terluka? Melukai? Dilukai? Jangan bersedih, sebab Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat awak :) Ya, awak cuma perlu yakin dan percaya dengan kasih sayang Allah. Mungkin bukan sesuatu yang mudah, tapi saya percaya yang awak boleh lakukan. Semuanya berbalik pada hubungan awak dengan Allah.

Andai awak insan yang melukai, bersegeralah mendapatkan kemaafan daripada insan yang awak lukai dan belajarlah memaafkan diri awak. Dan seandainya awak insan yang dilukai, tak apa, maafkan si dia :) Lakukan dan awak telah menguntungkan kedua-dua belah pihak. Setelah itu, yang rugi hanyalah syaitan, sebab dia gagal menyalakan api kemarahan dan dendam dalam hati awak.

Sedar atau tidak, pasti awak sendiri pernah melakukan kesilapan. Mungkin bukan dengan si dia, mungkin dengan orang lain. Atau, mungkin awak pernah berdosa dengan tuhan. Ya, kita semua pasti pernah berdosa dengan tuhan. Jadi, mengapa kita perlu terlalu angkuh untuk memaafkan kesilapan orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak lepas daripada melakukan kesilapan? Dengan memaafkan kesilapan seseorang, insyaAllah dilembutkan hati seseorang pula untuk memaafkan kita :)

Awak, video-video di bawah ni sangat membantu saya saat terjatuh, sehingga berjaya membuatkan saya jatuh cinta, ya jatuh cinta lagi! Saya jatuh cinta berulang kali dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Jatuh cinta dengan cara penyampaian ustaz asri dalam menggambarkan kasih sayang Allah. Nah, kalau awak belum pernah tengok video-video ni, sekarang mungkin giliran awak pula untuk jatuh cinta.

Hakikat dukacita.

Kembalilah.

Posted by on 28 January '12. 1 Comment.

Less than 2 weeks before the final exam. Alhamdulillah, kehidupan bertambah baik akhir-akhir ini. Walaupun trimester kali ini supposedly become the toughest one (saya ambil maximum credit hours, 7 subject kesemuanya dengan harapan dapat perbaiki keadaan), rasa bersyukur kerana Allah masih permudahkan segala urusan sepanjang trimester :)

Dealing with heartbroken in the earliest trimester adalah mencabar. Hanya mereka yang pernah mengalami tahu bagaimana rasanya. Saya kira perancangan Allah sangat hebat, perpisahan berlaku pada masa yang terbaik. Bermula dengan sambutan hari raya korban, saya berusaha yakinkan hati bahawa apa yang saya tekadkan adalah yang terbaik, pengorbanan yang terbaik, dengan izin Allah.

Selang 3 minggu, kita memasuki tahun baru islam yakni awal muharram. Jelas, permulaan yang baik untuk sesuatu yang baik. Saya titipkan beberapa azam dalam hati dan berusaha kearahnya. Sampai satu masa, kekuatan menipis dan saya hampir tersungkur, ‘istikharah’ membantu dalam menetapkan keputusan hati yang sentiasa berbolak-balik. Dari situ, saya bina semula kekuatan.

Mereka yang kenal saya, tahu bagaimana pergaulan saya di campus. Saya tiada sahabat yang boleh digelar belangkas. No close friends to accompany here and there, most of the time saya adalah a lone ranger. Surprisingly, saya tak rasa any difficulties not having close friends back then sebab that particular time saya memang totally relied on him, though it was only through call and sms.

Setelah berpisah, saya mula experienced ‘that awkward feeling after being in one comfort zone for too long’. If previously got someone to call and text, tiba-tiba dah tak ada. Memang terasa kekok dan kehilangan sangat. Worst part, there was no one to share all the sadness. Nak mingle out dengan kawan-kawan terasa malu, nanti orang cakap ‘dah tak ada ehem-ehem baru tahu nak cari kawan’.

One fine solution, saya mengadu pada Allah. Manusia boleh berkata macam-macam, tapi, saya percaya yang Allah akan sentiasa menerima hambaNya. Keputusan saya untuk tinggal di hostel juga adalah yang terbaik, saya berpeluang untuk melibatkan diri semula dalam aktiviti usrah dan meluangkan masa di rumah Allah. Dari situ, Allah hadirkan ramai insan-insan yang hebat dalam hidup saya.

Alhamdulillah. Sekarang hati almost recovered :)

Posted by on 28 January '12. 2 Comments.

Posted by on 8 January '12. 2 Comments.